April 25, 2014

Mana ada lagi drypers lelong murah lagi?


Saja masukkan gambar lama. Sebenarnya stok sudah habis. Ellek! Tapi ramai yang masih tanya, sms, email dan pm. Penat dah nak jawab, buat habis kredit. 

Memang sebelum ini kami jual drypers stok lama original packing yang dah nak expired, tapi belum expired ye... masa tu banyak stok. Bila dah dekat-dekat nak expired, kami tak berani ambil stok lagi. Takut tak sempat jual walaupun ada 10 bulan lagi dari sekarang (2015).

Tak mengapalah... mungkin mereka ni tak tahu atau baru jumpa blog ini kan? Apapun terima kasih kerana sudi melawat blog usang ni.


April 19, 2014

Habis stok

Minta maaf kepada semua. Stok lama drypers sudah menghampiri tarikh luputnya iaitu May 2015. Ada baiknya kami tidak menyimpan stok baru untuk dilelong.

Tekanan akan jadi lebih besar untuk menghabiskan stok dalam masa yang singkat dan bagi pengguna, mereka perlu menghabiskan stok dalam masa yang singkat juga.


Jadi, buat masa ini jangan tanya kami lagi pasal stok drypers lelong ini lagi samada melalui sms, telefon atau pm. Susah utk kami terangkan dan banyak masa dan kos diperlukan untuk melayani pertanyaan anda. Mohon maaf banyak-banyak ye...

March 9, 2014

Lampin Drypers expired 2015

Untuk makluman semua. Ini adalah stok semasa Lampin Drypers harga lelong murah yang ada pada kami sekarang. Tarikh expired lampin Drypers ini semakin hampir iaitu tahun 2015.

Ada masa beberapa bulan saja untuk 'clearkan semua stok'. Berita baiknya, pengeluar akan bagi special price untuk mempercepatkan proses clear stok ini. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan simpan stok banyak melainkan sudah ada yang buat tempahan saja.

Harga sekotak : RM80
Minimum : 20 kotak
Saiz: M84 & L72 saja

 Agak berat jika nak dapatkan satu orang yang amil 20 kotak sekaligus. Oleh itu, kami buka tempahan kepada anda semua yang berminat untuk 'share' bagi mencukupkan 20 kotak tersebut bagi mendapatkan harga RM80@kotak (3 bag).

 Cukup 20 kotak tempahan baru anda boleh datang collect dan TIADA perkhidmatan penghantaran ditawarkan. Jika berminat, berikan nama & no.tel anda, saiz & kuantiti yang anda perlukan dibahagian komen atau pm disini --> www.fb.com/messages/borongdrypers

 Tarikh pengambilan juga akan ditetapkan pada satu tarikh tertentu saja untuk memudahkan urusan. Call terus 016-9957740 utk maklumat lanjut.

PERHATIAN! Ini hanya untuk orang Lembah Klang saja kerana kami tidak menawarkan khidmat penghantaran jika kurang 20 kotak. Tuan/puan boleh datang untuk ambil sendiri stok di Klang Sentral.

Sebarang urusan pengeposan juga tidak digalakkan sebab lampin drypers ini berat, bimbang kos penghantaran jadi mahal. Harap maklum.

January 24, 2014

Tarikh Expired (drypers stok lama) tahun 2015.

Lampin Drypers harga lelong murah ini dikilangkan pada tahun 2012 dan Expired pada 2015.

Ada masa lagi.... tahun depan baru tamat tempoh.

Kalau sehari pakai 2-3 keping, bermaksud sebulan pakai satu bag.

Saiz M 84 keping & saiz L 72 keping.

Jika saiz L, setiap bag dapat digunakan selama 3 minggu. Kalau sekotak (3 bag) maksudnya boleh guna untuk 2 bulan setengah.

Harga cuma RM85 saja.




November 17, 2013

Hari tanpa kotak & beg plastik

Hari Sabtu memang Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Selangor. Mana-mana pasaraya kita pergi pun akan minta '20 sen' kalau kita nak beg plastik untuk bawa barangan yang dibeli.

Bagi sis ini pula, beliau 'terpaksa' keluarkan dari kotak untukmenjimatkan ruang kenderaanya mengangkut 11 kotak (33 bag)Lampin Drypers harga lelong murah.

Sekali lagi diingatkan, ini Drypers 'stok lama' bukannya design baru yea.... Hanya ada saiz M & L saja.




October 29, 2013

Lampin drypers boleh tampung 300ml air kencing

Bagi memastikan kualitinya masih baik dan benar-benar berfungsi, kami telah membuat ujian keatas sekeping lampin drypers stok lama yang kami ada.

Pada percubaan ini, hanya 100ml yang kami tuangkan dan biarkan ia selama beberapa minit. Ternyata ia masih kering dan air tersebut diserap dengan baik.

Sekali lagi kami tuangkan 100ml air dan biarkan selama beberapa minit, kelihatan masih ada ruangan yang belum dipenuhi air.

Kali ketiga kami tuangkan 100ml lagi, lampin tersebut menjadi agak kembung dan berat. Ia kelihatan maksimum tetapi dijangka masih boleh diisi 50ml air. Walaubagaimanapun jika ia berlaku, bayi tentu tidak selesa dan jarang ia kencing terlalu banyak seperti itu.


October 26, 2013

Keluarkan lampin drypers dari kotak untuk jimat ruang



Hari Sabtu adalah hari memborong Drypers bagi ibu bapa yang bercuti. Orang Lembah Klang boleh datang terus ke Klang Sentral bagi memborong stok 3-4 bulan.

Jualan borong mengikut kotak. Setiap kotak ada 3 bag (M84 & L72). Saiz lain sorry, TAKDE. 

Rasa-rasa tak muat, elok keluarkan dari kotak untuk menjimatkan ruang dan boleh bawa lebih banyak Drypers Wee Wee Dry. Sebuah kereta kenari dengan 2 orang penumpang boleh membawa 6 kotak (18 bag)