April 25, 2014

Mana ada lagi drypers lelong murah lagi?


Saja masukkan gambar lama. Sebenarnya stok sudah habis. Ellek! Tapi ramai yang masih tanya, sms, email dan pm. Penat dah nak jawab, buat habis kredit. 

Memang sebelum ini kami jual drypers stok lama original packing yang dah nak expired, tapi belum expired ye... masa tu banyak stok. Bila dah dekat-dekat nak expired, kami tak berani ambil stok lagi. Takut tak sempat jual walaupun ada 10 bulan lagi dari sekarang (2015).

Tak mengapalah... mungkin mereka ni tak tahu atau baru jumpa blog ini kan? Apapun terima kasih kerana sudi melawat blog usang ni.


April 19, 2014

Habis stok

Minta maaf kepada semua. Stok lama drypers sudah menghampiri tarikh luputnya iaitu May 2015. Ada baiknya kami tidak menyimpan stok baru untuk dilelong.

Tekanan akan jadi lebih besar untuk menghabiskan stok dalam masa yang singkat dan bagi pengguna, mereka perlu menghabiskan stok dalam masa yang singkat juga.


Jadi, buat masa ini jangan tanya kami lagi pasal stok drypers lelong ini lagi samada melalui sms, telefon atau pm. Susah utk kami terangkan dan banyak masa dan kos diperlukan untuk melayani pertanyaan anda. Mohon maaf banyak-banyak ye...