April 25, 2014

Mana ada lagi drypers lelong murah lagi?


Saja masukkan gambar lama. Sebenarnya stok sudah habis. Ellek! Tapi ramai yang masih tanya, sms, email dan pm. Penat dah nak jawab, buat habis kredit. 

Memang sebelum ini kami jual drypers stok lama original packing yang dah nak expired, tapi belum expired ye... masa tu banyak stok. Bila dah dekat-dekat nak expired, kami tak berani ambil stok lagi. Takut tak sempat jual walaupun ada 10 bulan lagi dari sekarang (2015).

Tak mengapalah... mungkin mereka ni tak tahu atau baru jumpa blog ini kan? Apapun terima kasih kerana sudi melawat blog usang ni.